Menjawab salam hukumnya adalah wajib bagi umat muslim, namun ada beberapa salam yang tidak wajib untuk di jawab, namun kalo kita menjawab salam tersebut itu juga tidaklah salah/dosa. berikut salam yang tidak wajib untuk di jawab:
1- Salam yang diucapkan oleh Imam selepas selepas solat.
salam yang diucapkan oleh imam selepas solat tidak wajib dijawab. Ini
kerana solat yang diucapkan itu adalah sebagai tanda berakhir solat
seseorang itu, tetapi jika dijawab salam itu tidaklah menjadi salah atau
berdosa.
2- Salam yang diberikan oleh orang kafir .
Pertikaian tentang salam yang diberikan orang kafir perlukah kita
menjawab salam orang kafir ini. Adalah tidak perlu kita menjawab salam
yang diucapkan oleh orang kafir tetapi jika kita hendak menjawab salam
orang kafir ini tidaklah salah tetapi sekadar menghormati salam itu
sendiri. Memang tidak dinafikan zaman sekarang orang kafir pun sudah
bijak dan mahu memberikan salam kepada orang islam.
3- Salam yang diucapkan oleh seseorang apabila ia mendahulukan kata-katanya terlebih dahulu sebelum memberi salam.
Salam yang diucapkan oleh orang diatas ini adalah golongan yang memberikan ucapan di majlis tertentu.
4- Salam yang diucapkan bertujuan untuk mempermain-mainkan salam.
Kategori orang yang memberikan salam dengan bertujuan mempermain-mainkan
salam ialah salam yang diucapkan oleh golongan mahram kepada suatu
golongan mahram yang lain. Contohnya salam yang diucapkan oleh lelaki
kepada perempuan atau wanita yang ingin diusik atau ditegurnya. Maka
dalam keadaan atau situasi ini wanita yang mendengar salam itu, tidaklah
wajib menjawab salam lelaki tersebut. Ini kerana jika salam yang
diberikan itu jika dijawab ditakuti akan menimbulkan fitnah. Tetapi jika
ingin dijawab juga boleh dijawab di dalam hati sahaja tanpa perlu
didengari oleh lelaki tersebut.
Salam yang Tidak Wajib untuk Dijawab
On Kamis, 16 April 2015 Label: Agama
Tidak ada komentar:
Posting Komentar